Akhbar Manila Today memaparkan keangkuhan kata2 Sultan yg sudah ditermakan sebagai Pengganas di Malaysia bahawa mereka akan menentang sehingga ketitisan darah terakhir. Ya benar Malaysia jg akan mempastikan semua titisan darah mereka berakhir dn tidak mencemarkan bumi Sabah lg. Walaupun agak membosankan untuk mengulang2 mengulas berkaitan isu yg sama namun hakikatnya selagi belum benar2 mendalami latar belakang kisah pengganas Filipina selagi itu jg lah wajar untuk menambah pengetahuan membolehkan kita menjangkakan pelan perancangan halatuju mereka.
Perlu menjangka pelan tindakan mereka kerana mereka telah mengancam keselamatan negeri ini. Apatah lg sehingga artikel ini ditulis. Mereka masih belum sepenuhnya dapat ditangkap walaupn anehnya kawasan perkampungan Tanduo di mana mereka bersembunyi telah dikepung dan dibom.
Sebelum membicarakan berkaitan isu itu dari perspektif budaya masyarakat kita di Sabah. Mari kita lihat serba sedikit budaya kehidupan di Filipina sendiri. Bila kita dapat serba sedikit latar belakang negara itu mungkin kita akan dapat buat kesimpulan lebih tepat berkaitan tindakan nekad mereka.
Filipina sendiri yg dikuasai majoriti org2 Kristian Katolik dn suku Visayan dn Cagayan yg mendominasi utara negara itu. Agama Kristian dibawa semasa penjajahan spanyol. Namun di selatan Filipina pegangan rakyatnya kepada agama Islam sangat kuat apalagi mereka sangat taat kepada Sultan yg memerintah ketika itu dari Keturunan Kiram ini.
Sejarah kesultanan mereka jg penuh kontroversi apabila Sultan ketika itu dikatakan bersekongkol dgn Amerika untuk menindas rakyatnya sendiri khususnya membenarkan pembunuhan pemimpin2 dari yg bergelar Datu yg merupakan gelaran kerabat dn pemimpin setempat selepas Sultan di zaman itu semuanya demi kelangsungan empayarnya kerana itu orang2 Tausuq marah dn bangkit menentang Sultannya sendiri.
Maka apabila empayar Kiram tamat setelah tiada megnhasilkan zuriat pewarisnya dan Kesultanan Sulu jg turut tamat sehingga keturunannya kemudian menuntut sendiri dari pelbagai waris sebelah Sultan kiram yg mangkat tanpa zuriat tadi.
Namun mereka masing2 menuntut hanya berdasarkan sejarah sedangkan Kesultanan Sulu dipilih melalui rakyatnya. Sejarah yg menyakitkan hati org2 Tausuq itu akhirnya membuat keluarga Kiram tdk mendapat tempat di kalangan org2 Tausug khususnya di kepulauan Sulu sendiri dan kini berada di kawasan lain kerana mereka telah menabalkan Sultan Bantilan 11 yg mendapat sokongan padu rakyat kawasan berkenaan.
Sultan Bantilan 11 ini mementingkan damai dan keamanan malah tidak membenarkan pn orang2 dari Sulu utk turut serta menganiaya kita di Sabah sekalipun permintaan supaya lebih ramai org2 Tausug / Suluk khususnya dan bangsa2 lain di sana utk membantu tdk mendapat sambutan sprti yg diharapkan.
Pengaruh Pengganas yg menggunakan alasan kesultanan sebenarnya langsung tidak ada kecuali kebodohan beberapa ratus orang yg diperdaya dgn taburan janji perubahan ekonomi dn keselamatan khususnya oleh Agbimudin Kiram yg mengetuai serangan ini.
Kenapa perlu terus memahami bangsa ini. Jangan dilupa keturunan Suluk / Tausug walaupn anda sakit hati dan memandang rendah. Sejarahnya memang terbilang kerana mereka sudah memulakan tamadun bangsanya lebih awal lg tp kerana kepimpinan di raja ketika itu lemah akhirnya mereka hilang segalanya. Bila sudah kehilangan dn menjadi milik lain. Tidak masuk akal untuk diminta semula walau apa dokumen sejarah lama mereka miliki. Sabah bukan mcm Pulau Batu putih yg kecil dan tdk berpenghuni. Malah kalau pn ditakdirkan menjadi milik mereka.
Dalam masa seminggu perang saudara akan meletus saya berpendapat kerana etnik2 lain yg sudah lama bermastautin di sini tidak akan menerima perubahan tidak masuk akal ini. Sebenarnya keganasan yg kita lihat kpd mereka ini bukanlah sesuatu yg aneh di Filipina keganasan sangat sinonim dgn kehidupan di sana. Apa lagi oleh Polis dan tentera yg sering menyalahgunakan kuasa termasuklah ahli2 politik.
Korupsi adalah their middle name menjadikan jenayah perkara yg tdk dpt dielakkan. Jika anda melayar berita2 dari Filipina setiap hari ada berita2 jenayah termasuk oleh polis, tentera dn pemimpin2 yg disiarkan. Terkini apabila polis2 yg digaji sebagai bodyguard oleh pemimpin2 politik melalui perniagaan Lottery haram didapati menyeksa pesaing dgn melampau (berita saya letak di bawah) ini salah satu norma yg kita boleh lihat di Filipina.
Satu lg klu anda masih ingat Kes pembunuhan besar2an kepada keluarga Esmael Magudadatu oleh persaingannya untuk pilihanraya jawatan governor di mana isterinya, kakak2nya, peguam2, bodyguards dan 38 wartawan yg membuat liputan dibunuh terang-terangan oleh orang2 Andal Ampatuan Jr. yg bapanya adalah governor Maguindanao di mana mereka dgn kejam menembak bertalu-talu tanpa belas kasihan langsung. Keluarga Esmael dibunuh kerana orang2 Andal Ampatuan yg keluarganya memerintah turun temurun tanpa siapa berani mencabar (menang tanpa bertanding) tidak mampu menerima hakikat demokrasi kerana tahu kejahatan mereka. merampas tanah, merogol, membunuh (sprti cerita koboi jahat di TV) tidak akan membuat dia dipilih lg.
Tujuan saya bercerita hal ini utk memberi lbh gambaran situasi di negara Filipina terlalu byk membuat pemikiran2 jahat dn ganas berkembang kerana itu mereka melihat keamanan di SABAH seperti syurga dunia. Orang2 di sini hidup aman damai.
Hanya bercakaran melalui media massa dgn berbalas kecaman tp pernahkah kita ada berbunuhan kerana beza ideologi politik atau berebut jawatan YB ? Dulu sj lah di negeri Sambilan awal 80an tp sgt terpencil. Perebutan kuasa dn kekejaman adalah sebahagian cara hidup yg menyebabkan orang2 di Selatan Filipina ini khususnya terus ketinggalan dn dilaknat. Sesiapa yg membentuk kekuasaan perlu ada byk pengikut atau akan mati dibunuh sj.
Orang2 Kiram tdk berani menyerang dn menuntut takhta Kesultanan Sulu di Jolo kerana tiada kekuatan pengikut kerana sejarah kekejaman keturunannya dulu. Fakta ini boleh dirujuk dlm buku TAUSUG karangan Dzulasree orang Malaysia keturunan Suluk / Tausug yg digarap dgn penuh ilmiah dan menarik menceritakan sejarah orang2 Suluk malah sebelum pembentukan negara Filipina sendiri. Saya bkn hdk mempromosi bukunya tp seperti yg saya katakan.
Kita tidak boleh menafikan tamadun bangsa ini hanya kerana ada yg terlibat dgn kejahatan. DI kepulauan Sulu termasuk Tawi Tawi dan Basilan apalg di Mindanao yg begitu besar kaum Tausuq memanglah mendominasi kependudukan tapi bukan mereka sj hidup di sana. Wujud bangsa2 lain yg lebih low profile seperti pecahan bangsa2 bajau yg pelbagai contohnya Bajau Ubian, Bajau Iyakan, Bajau sibutu, Bajau Banaran, Bajau Pala'u dn pelbagai Bajau lg. Suluk jg pecahan Bajau tp mempunyai identiti menojol berbanding Bajau lain yg lebih cool.
Sebahagian Bangsa Bajau2 ini wujud di Sabah dn telah berketurunan menduduki bumi ini. Kadangkala mmg terasa bila kaum2 lain yg dulu asalnya dlm hutan mendabik dada mereka sj menguasai Sabah ini kerana mereka penduduk asal tp secara sejarah semenjak negeri Sabah dibentuk semua bangsa ini termasuk Suluk dan Brunei sudah menjadi penduduk yg hidup bersama dgn aman sehingga kedatangan Jepun dn kini diserang oleh Pengganas Kesultanan yg terdesak.
Apa yg saya boleh simpulkan keseluruhannya. Tindakan Sultan Kiram dn pengikutnya si Pengganas ini adalah tindakan alah malu yg jelas membesarkan kemaluan mereka jg apabila semuanya jd sia2. Sekalipun jumlah kecil mereka belum sepenuhnya dpt dikesan setakat ini dan khabar dari media Filipina yg mereka hdk melancarkan serangan ala gerila sebenarnya hanya cara menutup malu.
Namun perlu tetap dipandang serius kerana dlm keadaan terdesak mereka mahu alang-alang mati pn biar tertulis keganasan dlm sejarah dunia. Mgkn dgn perang gerila dn pembunuhan ramai org di bandar2 akan memberi impak kpd kaum ini lg. Bukankah cara berfikir mereka meletakkan keganasan sebagai satu kebanggaan. That is how the define pride. Not by forgiving or apologies but by revenge and bloodshed. Saya tidak pikir mudah utk mereka bergerak di bumi Sabah apalg klu kehadiran tentera dn polis dlm tempoh lama. Lebih lg utk menggumpul pengikut dn mengadakan perjumpaan.
Dlm keadaan mereka bukanlah kumpulan sgt berpengaruh, simpatisan mereka di sini pn tdk akan bertahan lama dn pasti membocorkn rahsia lambat laun. Hanya Nur Misuarri bekas pemimpin MNLF yg menunjukkan sokongan dgn cuba mempengaruhi kumpulan kecil utk membantu. Beliau yg pernah diberi budi oleh Malaysia tp berdendam kerana Malaysia menghantarnya balik ke Filipina atas permintaan Filipina sendiri utk perbicaraan kes 'keganasan'. Lain2 pihak langsung tidak menyokong.
Tunjuk perasaan yg dianjurkan depan Kedutaan Malaysia oleh parti politik BAYAN yg presidennya merancang untuk bertanding dlm pilihanraya Filipina tak lama lg. Hanya bermain sentimen setempat utk memancing undi. Dgn jumlah penunjuk perasaan kurang 100 orang dn semuanya wanita muda. Emmm sekadar melepas batuk ditangga sj lah kerana tdk langsung mendatangkn impak kpd semangat jiwa menentang. Sekalipun membakar foto2 Datuk Seri Najib dn Presiden Aquino sendiri, ia sekadar mencari publisiti untuk menarik perhatian golongan kiri di sana. Mereka parti yg tak berpengaruh sngt. Kalau dilihat keseluruhan senario ini.
Saya dpt simpulkan tragedi yg melanda Lahad Datu dn Semporna adalah satu kejadian orang2 terdesak tanpa kekuatan sebenar sekalipun berpengalaman bertempur melawan askar Filipina di sana. Saya yakin rakyat Filipina lain di sini tidak semuanya mahu bersimpati dn kalau adapn tdk akan bertahan lama kerana kumpulan ini tdk akan membawa apa2 kepada sesiapa pn berbanding MILF yg diiktiraf Kesatuan Negara2 Islam (OIC) sendiri dn Malaysia sebagai Mentor dlm pembentukan autonomi wilayah Bangsamoro di Mindanao termasuk jg Zamboanga dn kepulauan2 sekitanya.
Dengan ini kita tidak perlu berlebihan risau sekalipun tetap perlu berhati2 dn berjaga2 utk sebarang kemungkinan. Dengan kekuatan mereka yg begitu. Hanya sikap berani mati dn bodoh mereka sj yg menyusahkan tp akan pasti dikawal oleh pasuka keselamatan kita yg jauh lbh terlatih. Lainlah jika kita diserang oleh tentera Filipina sendiri yg sgt lengkap armada dn jet2 pejuangnya. Pasti satu peperangan mengerikan atau masih menakutkan jika mereka dibantu pihak lain di Mindanao tp hakikatnya most of the time the are no longer influential and stand on their own.
They will eventually be wiped out from their existence though maybe well placed in history as among the desperate Sultanate ever in world history. Maka janganlah menanam tanggapan untuk mengasingkan orang2 Filipina terus dari pandangan mata di sini kerana hakikat kita hidup berjiran dan mereka pula sgt sinonim dgn budaya penduduk di pantai timur Sabah.
Hakikat ini harus membuka fikiran kita utk memahami kenapa mereka banyak yg diberi taraf kewarganegaraan dn pemastautin tetap sehingga mencecah 800K di Sabah. Membenci tidak akan membawa sebarang kebaikan kpd kehidupan kita bersama tapi memahami akan membuat kita lebih bersedia dn bijaksana dlm merancang kehidupan. Seperti saya kata Jangan terlalu dipolitikkan dn disensasikan. Undang2 harus terus ditegakkan dn semua mesti mengikut lunas yg termaktub. Namun jangan menanam benci kepada siapapn tanpa berusaha memahami apalg bersikap menolak kerana keangkuhan kpd bangsa dn diri sendiri hanya menjadikan diri sama sj dgn mereka yg terdesak utk diiktiraf

Terbaik...kupasan yg menarik..
ReplyDelete