Headlines News :
Home » » Bapa Kemerdekaan Baru

Bapa Kemerdekaan Baru

Written By Nur Eisha Fatihah on Thursday, January 31, 2013 | 12:08 PM



Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu atau Mat Sabu telah digelar sebagai bapa kemerdekaan baru oleh Subky Latif dalam kolumnya yang disiarkan dalam Harakah akhbar tabloid parti PAS.

Gelaran tersebut diberikan kepada Mat Sabu atas dakwaan kononnya kemampuan dia berjaya menghimpunkan sejumlah orang hadir di Stadium Merdeka semasa Himpunan Pakatan Pembangkang pada 12 Januari lepas.

Persoalan sekarang adakah layak Mat Sabu semudah itu digelar Bapa Kemerdekaan?

Umum tahu bahawa untuk mencapai kemerdekaan tanpa mengeluarkan setitik darah sebagaimana yang telah dibuat oleh Almarhum  Tunku Abdul Rahman bukan perkara yang mudah.

Jika sandaran jumlah kehadiran orang ramai dijadikan kayu pengukur nyata ia adalah sandaran paling tidak kukuh dan konsisten serta kualiti.

Himpunan Pakatan Pembangkang pada 12 Januari lepas sebenarnya adalah himpunan ceramah-ceramah lapuk yang hanya mahu meniru apa yang telah dibuat oleh Perdana Menteri.

Boleh dikatakan Himpunan tersebut gagal menarik perhatian rakyat yang berharap sesuatu yang baru atau kelainan.

Namun apa yang dipertontonkan hanyalah segelintir ibu bapa mempergunakan anak-anak yang diheret sama untuk sertai himpunan tersebut

Ia jelas melanggar akta Perhimpunan Aman 2012 yang baru diluluskan.

Artikel Subky Latif juga dilihat cuba menonjolkan  kononnya kemampuan Mat Sabu untuk menjuarai kebangkitan rakyat sedangkan pada hakikat beliau gagal .

Rakyat mulai sedar bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan mainan pakatan pembangkang ini yang hanya mahukan populariti tanpa merealisasikan janji-janji mereka terdahulu.

Sikap penulis seperti Subky Latih sebenarnya mahu mengembalikan serta memulihkan imej Mat Sabu sebenarnya.

Walau bagaimanapun gelaran Bapa Kemerdekaan Baru memang tidak layak diberikan kepada Mat Sabu semudah itu. Ia menggambarkan betapa terdesaknya  parti Pas untuk memulihkan imejnya kembali di kalangan rakyat.  Goblok
Share this article :

2 comments:

  1. MAT SABU MERDEKAKAN APER YER...
    BOLE TERANGKAN TAK...

    ReplyDelete
  2. mat sabu memerdekakan perjuangan ahli komunis malaya. sekaligus mengiktirafkan komunis malaya sebagai tokoh yang PAS harus kagumi dan ikuti.

    ReplyDelete

Kami tidak akan bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Followers

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. My Media - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger