APA akan terjadi kepada Kuala Lumpur? Benarkah perhimpunan #KL112 akan berjalan secara aman? Sememangnya, kebimbangan tetap ada dan sama hendak akui atau tidak, tiada siapa pun boleh memberi jaminan bahawa perhimpunan yang bertujuan menyokong seorang sahaja individu itu tidak akan tercemar dengan huru-hara.
Sebenarnya, ramai yang tidak bersetuju dengan langkah membenarkan perhimpunan itu diadakan namun kita perlu menghormati keputusan pihak berkuasa yang mungkin mempunyai pertimbangan tersendiri. Bagaimanapun ia belum mampu meredakan keresahan terhadap apa yang akan berlaku kerana semua orang amat memahami perangai buruk penyokong-penyokong PKR. Rakyat sudah lihat apa yang terjadi dalam perhimpunan haram anjuran pembangkang sebelum ini, semuanya berakhir dengan kekacauan dan huru-hara.
Kita tidak boleh menyalahkan rakyat yang resah dan bimbang dengan keadaan itu tetapi dalam masa sama kita juga perlu memberi kepercayaan penuh kepada pihak polis mengendalikan keadaan. Sejarah perhimpunan haram di negara ini sudah menjadi bukti, bagaimana buruk sekalipun kekacauan berlaku segalanya dapat dikawal oleh pihak polis.
Itulah tafsiran majoriti rakyat yang rimas dengan sikap keterlaluan penyokong PKR dan pembangkang membela pemimpin mereka. Malahan rakyat juga percaya adalah tidak wajar kita mempertaruhkan keamanan Kuala Lumpur kepada satu perbuatan yang semata-mata untuk membela nasib seorang individu (Shamsidar). Apatah lagi kehidupan warga Kuala Lumpur hari ini pasti akan terganggu dengan penutupan jalan dan pelbagai langkah keselamatan lain yang dilakukan oleh polis bagi kebaikan bersama.

Mana ada perhimpunan orang gila dan sakit hati pernah aman?
ReplyDeletetak pernah kan? mereka pandai janji je.. bila ubat dah habis, mulalah mereka merusuh. kali ini polis takkan buat apa2.. biarkan mereka saja. kita tunggu dan lihat siapa yang mula merusuh.
ReplyDelete