Ustaz Fathul Bari dari CEO ilmuan Malaysia memberikan respon kepada soalan yang dimanakah wujudnya kafir mengkafir dalam amanat Hadi Awang pada tahun 1981. Sedangkan yang diperkata dan dibangkitkan oleh Hadi Awang dalam amanatnya ialah :
- BN / UMNO MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH
- Mengekalkan PERATURAN KAFIR
- Mengekalkan PERATURAN JAHILIAH.
Baik. Sekarang marilah kita sama-sama mendengar pula IKRAR PAKATAN RAKYAT pada KONVENSYEN KALI KE 3 yang berlansung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, pada 14 Januari 2012 yang lalu. Untuk makluman majlis ini turut dihadiri oleh Mursyidul AM PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Hadi Awang.
Maka berdasarkan IRAR ini para pembaca yang budiman sekalian berfikir sejenak, adakah amanatnya ini sudah termakan kepada dirinya sendiri dan ahli PAS umumnya? Jika UMNO ditentang oleh PAS kerana atas dasar UMNO yang dikatakan MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, maka persoalan yang sama perlu dilontarkan kepada mereka antaranya ialah;
Berdasarkan video yang dirakamkan, Pakatan Rakyat BERJANJI akan MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Adakah amanat ini terpakai kepada kelompok PAKATAN PEMBANGKANG termasuk PAS sendiri ekoran PAS merupakan KOMPONEN dalam PAKATAN PEMBANGKANG? Jika tidak kenapa? Dan jika hanya untuk UMNO mengapa? Adakah PAS merasakan diri mereka lebih maksum dari orang lain?
Jika diteliti ternyata Amanat Hadi Awang adalah amanat yang telah memakan dirinya sendiri dan PAS secara amnya. PAS kini dalam kehancuran hasil tangan-tangan pemimpinya yang ego, perasan maksum dan gemar mengkafirkan orang ISLAM yang lain.

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !